SISTEM GEOTANAMAN

Sistem GeoTanaman atau Sistem Geoinformasi Tanaman Makanan Negara adalah sistem yang dibangunkan menggunakan konsep service oriented architecture yang boleh diakses melalui web dan mobile untuk mendapatkan maklumat, mengurus, menganalisis dan memaparkan maklumat geospatial tanaman makanan negara.
Objektif pembangunan sistem GeoTanaman ialah : i) Menyokong data Balance of Trade (BOT) Tanaman Makanan dalam mengatasi lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import. ii) Membangunkan pangkalan data Geospatial Inventori Tanaman Makanan Negara iii) Menyeragamkan data perangkaan tanaman Jabatan Pertanian
Ya. Sistem GeoTanaman ini telah dirujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi tujuan penilaian dan penentuan tahap risiko serta kawalan keselamatan dan perlindungan ke atas sistem / maklumat sebelum sistem aplikasi GeoTanaman dibangunkan bagi mematuhi keperluan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
(1) Tatacara Pengurusan Terimaan - SPANM Bil. 3 Tahun 2019; (2) Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point-Of-Sale – Tadbir Urus Kewangan (PS) 2.1; (3) Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui Portal Kementerian atau Jabatan - PS 2.2; (4) Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui Perbankan Internet Dan Perbankan Mudah Alih - PS 2.3; (5) Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil Melalui Rangkaian Pejabat Pos dan PosOnline – PS 2.4; dan (6) Pekeliling-pekeliling lain yang berkuatkuasa.
Terdapat 8 modul dalam sistem GeoTanaman iaitu : i) Portal ii) Map Viewer iii) Galeri Peta iv) Permohonan peta v) Perkongsian Data vi) Pentadbir Sistem vii) Aplikasi Mobil viii) Laporan
Data yang disimpan dalam sistem GeoTanaman ialah data geospatial gunatanah semasa, berfokus kepada tanaman makanan negara yang telah dikemaskini untuk sebelas (11) Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengguna berdaftar hanya terhad kepada pemegang taruh stakeholder sistem GeoTanaman dalam proses maklumat gunatanah tanaman sahaja iaitu : i) Usahawantani ii) Pemborong iii) Warga Jabatan Pertanian iv) Pelanggan Data v) Pentadbir Sistem
Pengguna boleh merujuk/klik pada Manual Pengguna yang telah disediakan di halaman utama sistem.
USAHAWANTANI

Tempoh pengaktifan akaun adalah sah seumur hidup. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada sebarang pengemaskinian maklumat dibuat pada akaun pengguna dalam masa dua tahun, akaun pengguna akan dinyahaktifkan dan pengguna perlu memohon semula untuk mengaktifkan akaun.
Manfaat yang boleh anda perolehi daripada sistem GeoTanaman adalah: i) Pasaran terus kepada pengeksport dan Hypermarket ii) Membantu dalam membuat perancangan penanaman iii) Membantu mengurangkan lambakan hasil iv) Membantu mendapatkan harga yang tinggi dan menetapkan harga ladang v) Membantu Jabatan Pertanian mengesan lokasi dan anggaran kerugian untuk memberikan bantuan teknikal atau bencana vi) Memperolehi amaran awal berkaitan serangan perosak dan penyakit serta informasi berkenaan berita semasa dari Jabatan Pertanian vii) Membantu dalam membuat permohonan pinjaman atau bantuan kerajaan
PEMBORONG

Manfaat yang boleh anda perolehi daripada sistem GeoTanaman adalah : i) Mengetahui taburan dan keluasan ladang, status tanaman, jangkaan hasil dan lokasi pusat pengumpulan bagi mendapatkan bekalan /hasil pertanian. ii) Mendapatkan bekalan secara terus dari ladang melalui modul padanan pasaran dengan petani, pasaraya dan pemegang taruh lain yang berdaftar di dalam sisten Geotanaman iii) Memenuhi permintaan pasaran tempatan dan nasional
WARGA JABATAN PERTANIAN

Manfaat yang boleh anda perolehi daripada sistem GeoTanaman adalah : i) Mendapat akses kepada maklumat Jabatan Pertanian dengan cepat, mudah dan berpusat ii) Maklumat disumbang dan dikemaskini oleh usahawantani sendiri dan disahkan oleh APT iii) Mengetahui taburan lokasi ladang, pemborong dan pemasar iv) Menganalisis jangkaan pengeluaran hasil dan keperluan permintaan pasaran
Ya, keluasan setiap kategori dipaparkan di dalam sistem GeoTanaman tetapi terhad kepada mukim di bawah seliaan APT sahaja.
Ya, pelan interaktif untuk pengguna Jabatan Pertanian boleh dicetak untuk tujuan pelaporan.
PELANGGAN DATA

Tidak, keluasan setiap kategori yang dipaparkan di dalam sistem GeoTanaman TERHAD kepada daerah sahaja.
Tidak, pemetaan yang dibangunkan di dalam GeoTanaman hanya membenarkan pengguna untuk melihat suatu Negeri atau kawasan sahaja di dalam satu masa.
Ya, sistem GeoTanaman menyediakan data bermula tahun 1966 sehingga terkini (2018). Walau bagaimanapun, data guna tanah tidaklah disediakan pada setiap tahun. Pengguna boleh merujuk perkara ini kepada admin bahagian untuk bantuan lanjut.
Anda boleh mendapatkan peta yang dikehendaki dengan cara : i) Mendaftar sebagai pengguna sistem ii) Mengisi maklumat yang diperlukan iii) Membuat akuan iv) Membuat persetujuan harga peta v) Membuat pembayaran vi) Menunggu makluman peta telah siap disediakan vii) Memuat turun Download peta yang telah disediakan atau mengambilnya sendiri di Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Aras 9, Blok 4G2, Wisma Tani, Putrajaya.
Bagi permohonan yang melibatkan data yang tersedia seperti data statistik, jangka masa untuk penyediaan maklumat yang dipohon adalah dalam jangka masa 3 hari bekerja. Manakala permohonan yang melibatkan permohonan data geospatial yang telah lulus tapisan keselamatan dan pembayaran, samada dalam bentuk cetakan atau softcopy, proses penyediaan dan penyerahan data adalah dalam masa 14 hari bekerja.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah merujuk kepada pentadbir sistem GeoTanaman, Jabatan Pertanian seperti maklumat tertera di bawah. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian, Aras 9, Wisma Tani, No. 7, Persiaran Perdana 62594, Presint 4 PUTRAJAYA u.p : Ketua Seksyen Penyisatan Guna Tanah Emel : admingeotanaman@doa.gov.my No. Telefon : 03-8870 3527 / 3526 / 3491 / 3417 No. Faks : 03-8888 4326